Kami Juga Manusia

1

2

3

3-1

4

4-1

5-2

5-3

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

21

22

23

 

Islam hadir ketika waktu sulit. Sulit akibat penindasan, kejatuhan moral, masalah sosial dan sifat tamak kapitalis. Ditengah-tengah kegelapan muncul satu cahaya yang terbit bagi membebaskan jiwa-jiwa yang hilang harapan untuk meneruskan lagi sisa kehidupan di dunia ini. Cahaya pembebasan yang di bawa Nabi itu menerangi seluruh benua Arab hingga sinarannya tiba di kepulauan  Melayu-Indonesia. Bertahun-tahun penduduk di kepulauan ini menerima ajaran dan moral yang di kenalkan oleh Islam tetapi semakin ditinggalkan. Tahun lepas kejadian banjir besar berlaku dan yang paling teruk kesannya berlaku di Kelantan, sebuah daerah yang kononnya merupakan ‘Serambi Mekah’. Kenapa hal ini terjadi? Kelantan ditadbir oleh parti PAS, rata-rata orang yang berkopiah dan berjanggut serta tinggi ilmu agamanya, malah ada menyamakan mereka ini tahap ulama’. Ada di antara mereka berkata hal ini berlaku  disebabkan masalah hujan turun dengan luar biasanya sehingga sungai tidak dapat menampung air. Rujuk sini . Kenyataan ini seolah-olah menyalahkan kuasa Tuhan. Tidakkan mereka pernah terfikir akan soal kifarah (balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku)? Sudah pasti ada hal lainnya yang menyebabkan malapetaka seperti ini berlaku.

Seringkali kalau dilihat semula sejarah kisah-kisah yang diceritakan di dalam kitab suci Al-Quran, kebanyakkan malapetaka yang berlaku seperti banjir besar dan kemarau disebabkan kejahilan kaum itu sendiri. Kejahilan (ignorance) mereka merangkumi rakyat sehinggalah ke peringkat kepimpinan. Jahil ini bukan bermakna mereka itu kafir atau bukan Islam, tapi menafikan dan menolak  kebaikan setelah kebaikan itu difahami. Kalau jahil  yang difahami hanya setakat kafir dan bukan Islam sahaja, bagaimana dengan negara-negara Eropah yang kurang malapetakanya berbanding di sini? Jadi halnya samalah seperti yang berlaku di Kelantan negeri ‘Serambi Mekah’. Tolak ketepi apa juga fahaman politik yang dianuti kerajaan yang memerintah negeri Kelantan, ambil satu perkara yang mungkin menyebabkan malapetaka ini berlaku; menafikan hak minoriti.

Di tengah-tengah lautan pokok kelapa sawit, ada satu perkampungan orang asal-Batek. Mereka telah menghuni di bumi Malaysia ini sejak beribu-ribu tahun, jadi secara logiknya merekalah paling layak untuk menikmati segala kekayaan yang ada di situ. Realiti berlaku sebaliknya. Mereka hidup ditindas, di bumi nenek moyang mereka samalah seperti keadaan rakyat Palestin dan Syria. Tiada yang pelik, mereka juga orang yang hidup,makan,pergi ke sekolah, bermain, tidur, tinggal di rumah dan mencari nafkah. Bezanya jumlah mereka kecil. Sejak dari pengenalan pembukaan FELDA, mereka diusir untuk duduk jauh ke dalam hutan sehingga hari ini habislah hutan digondol bagi memenuhi nafsu kapitalis yang tak akan pernah sudah. Yang tinggal untuk mereka hanyalah sedikit tanah dan mujurlah masih ada hutan simpan, Taman Negara. Kaum Batek ini hidupnya memang bergantung pada alam, terutamanya hutan dan sungai. Hutan tempat mereka pergi bercucuk tanam, memburu dan mencari nafkah contoh pencarian gaharu manakala sungai pula sebagai sumber air utama dan protein. Pembalakan dan pembukaan sawit yang tidak terkawal menyebabkan mereka hilang semuanya. Hidupan liar hilang habitat sekaligus hilang punca makanan mereka serta air yang tercemar akibat dari penebangan pokok. Malah mereka juga kehilangan rumah?! Bagaimana pula nasib anak-anak kecil ini?!

Tidakkah situasinya sama seperti di Syria dan di Palestin? Mereka hidup tertindas di bumi nenek moyang mereka. Tidak ada tempat lagi untuk mereka pergi. Jadinya apakah negeri ‘serambi Mekah’ ini yang akhir-akhir ini sibuk melaungkan untuk melaksanakan hukum Hudud / Syariah sudah melaksanakan Islam seperti yang di bawa oleh Nabi. Dengan menafikan hak minoriti adakah anjuran Islam ini rahmat untuk sekelian alam? Seperti kata Sheikh Hamza Yusuf, ulama’ yang berasal dari Amerika Syarikat kebanyakkan negara-negara Islam ketika ini sibuk mempromosikan hukum syariah (hudud) seolah-olah ianya jalan penyelesaian bagi segalanya padahal hukum syariah bab kecil dalam mana-mana kitab feqah. Negara-negara majoriti rakyatnya islamlah yang paling korup, satu hal ialah menyeleweng harta rakyat dan sepekara lagi tidak berlaku adil dan saksama antara rakyat yang berlainan fahaman.

Kesimpulannya, mari kita gunakan akal fikiran rasional disebalik apa yang terjadi. Beginilah mudah, mana mungkin kalau hari ini minum air manis esok sudah kena diabetes, atau baru sehari masuk jimnasium esok badan sudah berketul. Islam itu hadir untuk meraikan kejadian manusia terutamanya dalam penggunaan akal fikiran untuk berfikir bukannya hadir umpama magik. Kalaulah orang-orang berkopiah dan berjanggut sedikit ini meniliti surah 16 ayat 112-113 pastinya mereka sedar. Mungkin mereka lupa kerana lupa sifat manusia, namun tak dinafikan tamak dan sombong sifat manusia.

“Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan. Dan demi sesungguhnya, mereka pun telah didatangi seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, lalu mereka mendustakannya; maka mereka pun ditimpa azab sedang mereka berkeadaan zalim.” 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s