Berkelana dalam Planet Harmonik

P/s : Semalam, aku berpeluang menonton sebuah persembahan muzik gamelan ‘Berkelana dalam Planet Harmonik‘ yang dipersembahkan oleh Grup Planet Harmonik yang diarahkan oleh komposernya Al. Suwardi di Black Box, Komunitas Salihara. Persembahan gamelan ini bukanlah seperti gamelan yang sedia ada (tradisional) tapi menurut komposernya, ianya gabungan pengalaman-pengalamannya berada di dunia gamelan dan hasil campuran dari aneka ragam komposisi muzik gamelan yang datang dari Jawa, Bali dan Sunda. Apa yang menarik bagi aku, Al. bukan sahaja seorang komposer muzik tapi beliau memainkan peranannya sebagai ahli dalam bidangnya. Kesemua alat muzik ini adalah hasil ciptaannya. Alatan muzik ini ditempa mengikut selera Al. ketika beliau muda dan hasilnya seperti yang boleh kita lihat di gambar di atas yang terdiri daripada klonthong, klonthang, klunthung, klinthing, glendhung, glendhang, klenthar dan vibrander. Dalam berkarya kita perlu kreatif dan kreatif pula bermaksud menghasilkan benda atau apa sahaja karya yang baru menurut Al. Justeru perasaan ingin tahu yang tinggi memaksa Al. mencipta segala macam alat muzik yang baru yang terinspirasi dari gabungan pengalamannya yang berkecimpung dalam bidang ini berpuluh tahun dan pengaruh bunyi-bunyian alam. Ini pertama kali aku jumpa pemuzik yang mampu menghasilkan alat muzik sendiri yang mengikut citarasanya disamping mengikut segala hukum bunyi supaya mewujudkan bunyian dan suasana yang harmonik. Jadi aku buat kesimpulan sendiri ini mungkin muzik neo-gamelan dan ini ialah salah satu cara yang kreatif supaya muzik gamelan ini masih kekal berdiri teguh dengan muzik-muzik moden.

Persembahan muzik ini mengandungi tiga lagu:

  1. Pisungsung (10 minit,2016)
  2. Nunggak semin (15 minit, 2016)
  3. Rajutan (25 minit, 2016)

Di atas juga aku ada kongsi video semasa mereka melakukan sedikit teaser untuk persembahan malam tu. Untuk menonton persembahan mereka dikenakan sebanyak Rp. 100 000 tapi disebabkan aku datang sesi petang aku dan kawan aku dapat masuk percuma.

Oklah aku kongsi secara ringkas latar belakang persembahan ini, seperti yang tertulis dalam kertas yang aku dapat ni :

​​Berkelana dalam Planet Harmonik pada mulanya adalah karya Al. Suwardi ketika mengikuti ujian akhir di Akademi Seni Karawitan Indonesia (ASKI) Surakarta. Karya ini terus disempurnakan Al. Suwardi sepanjang kariernya sebagai pemusik. Dalam repertoar ini ia terinspirasi dari salah satu konsep Pythagoras yang dikenal sebagai music of the spehere. Konsep ini mengatakan bahawa gerak berputar benda-benda angkasa seperti matahari, planet dan bulan menghasilkan dengung suara yang harmonis, namun tidak dapat didengar oleh manusia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s